Friday, February 11, 2011

arini satu ari ak xmkn...huhu..mmg gile kn..
bkn xnk mkn...tp xsempat n penat sgt..
mcm semalam, le ke dh lalu cafe pstu lupe nk beli mknn..
mmg2..

ble dh mlm mula la pedih perut...
dlm lapo2 tu tetibe roomate bwkkn mknn ..
ingtkn ble dh mkn pdih tu hilang..
tp ttp xilang2 gak smpai skung..
jgn smpai kne gastrik sudah la..
moralnye makan ikut masa..
jgn skip2...huhu..

sedapnyer...terliur betul..
Terasa diri ini disayangi..
bila masing2 mengambil berat ttg diri saya..
terima kasih kawan2..

bahagia terasa melingkari diri..
walau hidup tak seindah mana..
hilang seketika tekanan yg membelenggu diri..

Monday, February 7, 2011

BAHANA PEMAKAIAN KASUT TUMIT TINGGI

TULANG BELAKANG MEMBENGKOK
KEGUGURAN RAMBUT
OSTEOPOROSIS
         Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat menyatakan bahawa seorang wanita yang mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter (sm) akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus.
        Keadaan ini akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi. Malah, ia juga boleh mengakibatkan rasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki sehingga menjadi radang kulit, menyebabkan kesakitan pada punggung dan inflamasi pada tendon sehingga mengundang kesakitan pada bahu, lutut, siku, pergelangan kaki juga tangan.
       Bagi mengelak mengalami penyakit itu, persatuan berkenaan menyarankan wanita supaya memakai sepatu dengan tumit tidak melebihi 2 sm dan tempoh pemakaiannya tidak melebihi tiga jam secara berterusan.
       Menurut satu kajian yang dijalankan di London, tindakan memakai kasut tumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak.
       Gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.
      Lebih mengejutkan apabila sesetengah reka bentuk terbaru kasut tumit tinggi boleh membuatkan rambut gugur. Ini berlaku kerana kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanita menyangka ia adalah `perut buncit'.
      Keadaan itu memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai visceroptosis dan ia turut memberi kesan pada leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut.
      Visceroptosis ialah keadaan yang biasanya menyerang wanita memakai korset atau barut tetapi kini ia menemui `mangsa' baru dengan menjadikan kaki sebagai sasaran.