Saturday, March 5, 2011

MATI HIDUP SEMULA

tak sudi memandang tidak mengapa
kerna ku mengerti ak insan hina
tapi dengar apa ku katakan
untuk pedoman di hari muka

dulu hidupku kurasakan mati
mata terbuka tapi tak berhati
kini kurasakan dihidupkan kembali
walau peritnya setengah mati

baru kukenal bulan dan bintang
betapa indah dunia di pandang
baru ku kenal ibu ayah adik abang
kerana dulu fikiran melayang

jalan nak ku lalu masih panjang
akan ku tempuh hari mendatang
kepadaku berilah perangsang
agar kejayaan dapatku julang

manusia sepertiku usah kau hina
kelak menambah sakit di dada
selagi aku bernama manusia
tak lepas dari salah dan dosa

salahku lakukan meruntuhkan jiwa
kerana perbuatan mengikut rasa
namunku bersyukur pada yang esa
setelah matiku hidup semula

No comments:

Post a Comment