Wednesday, April 20, 2011

MASIH SUAMI ISTERIKAH KITA DI ALAM AKHIRAT NANTI ?

Entri ini, aku amik dapat dari seorang kawan aku. Mudah-mudahan ia berguna untuk semua ..

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ' Tiada si bujang di dalam syurga' (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. 'wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

"WALLAHUALAM"

Tuesday, April 19, 2011

4 CARA MUDAH BAGI WANITA UNTUK MEMASUKI SYURGA

Assalamualaikum...


Malam ni sye nak kongsi pula tentang 4 cara bagi seorang wanita untuk memasuki mana2 pintu2 syurga yang mereka sukai..


1) solat lima waktu
2) puasa di bulan ramadhan
3) menjaga maruah
4) mentaati suami

Monday, April 18, 2011

TELUK CEMPEDAK

teluk cempedak

Assalamualaikum...
Hari ni, aku xtau nak cite ap..jadi, pikir punya pikir..aku decide nak citer pasal Teluk Cempedak. Sabtu lepas, aku, ibu, abah, faiz dan mak pergi hantar sepupu aku, Kak Iza ke Kuantan. Teman hantar pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki. Sampai kat sne..pak cik aku kte tempat ni dekat dengan Teluk Cempedak..

Bila dengar je Teluk Cempedak, aku pun mula la ajak abah aku singgah kt sne sebelum balik...ngeh3x...pujuk punya pujuk..at last, kteowg ke sne jgak..Sebenarnya, ak dapat ke sne berkat adik aku, Faiz. Mesti korang tertanya-tanya kan sebab ap..Sebenarnya, kteowg ke sne tuk cari penawar Faiz, kut2 la penyakit adik aku bole hilang bile rendam kaki die kat air laut..huhu


indahnya,ciptaan Allah


Ok, berbalik pada Teluk Cempedak. Sesampainya aku di sana,  aku terus mengajak adik aku ke gigi air.. Sambil tengok adik aku mandi, aku pon join skali la..dengan baju kurungnya..isyk3..bukan mandi, just main2 air je..ngeh3x..niat aku nak mandi skali tp xkesampaian..hope, ad rezki lagi ke sne..